ALUAN BENDAHARI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera
Selamat datang ke portal Pejabat Bendahari UNIMAS - Pusat pengurusan segala Hal Ehwal Kewangan Universiti. Sejajar dengan perkembangan pesat dunia komunikasi masa kini, portal ini diwujudkan sebagai mekanisme bagi meningkatkan ketelusan dalam sistem kewangan Universiti dan menjadi medium utama untuk menyebarkan segala maklumat kepada kakitangan UNIMAS amnya dan kepada staf-staf kewangan khususnya. Oleh itu, saya berharap orang ramai akan menggunakan maklumat ini dengan berhemah dan bertanggungjawab.
Adalah diharapkan agar portal ini dapat menjadi sumber rujukan yang berguna dan semoga maklumat yang dipaparkan dapat memberi penerangan yang berkesan kepada saudara saudari sekalian. Selamat melayari portal ini.
"Policy Implementation At Higher SPEED"
Dr. Hj. Mazlan bin Kiflie
Bendahari
Universiti Malaysia Sarawak